Telefon Umi pukul 2 pagi. (Pukul 8 pagi waktu Msia)
“Baru nak tidur ni Umi”
“Kenapa tidur lewat sangat?”
“Saja, tukar angin.”
“Tidur tu mimpikan Umi ye.”
:)
Senyum lebar. Dapat tidur nyenyak sampai ke pagi.
*Lagu Number One for Me terngiang-ngiang di telinga. Kasih-sayang seorang ibu sudah mencukupi*
Abah akan lebih positif dari Umi.
“Kak Eda demam la. ;(“
Abah: Awak kan doktor, singgah farmasi nanti beli paracetamol. Abah ni, kalau demam Abah wat dekk je.
Umi: Demam? Awak makan ape? Main panas ke? Tak minum air banyak-banyak la tu. Nanti minum air banyak-banyak. Makan ubat, amik multivitamin. Jangan main panas-panas. Mana no hp kawan awak, nanti Umi nak contact dia. Awk ni buat Umi risau la.
See? Umi memang akan lebih teliti. ;)
That’s the BEAUTY.
Seorang lelaki masuk ke sebuah syarikat milik Microsoft untuk memohon kerja sebagai pengelap lantai. Setelah selesai temuduga, pegawai syarikat tersebut memberitahu kepadanya bahawa keputusan temuduga akan dihantar melalui email. Lelaki itu berterus terang mengatakan bahawa dia tidak tahu menggunakan email. Pegawai tersebut merasa pelik dan menjawab; ‘Kalau sesiapa yang tidak memiliki email maka seolah-olah dia tidak wujud. Orang yang tidak wujud tidak layak untuk berkerja di syarikat ini.’
Lelaki itu keluar dari bangunan syarikat milik Microsoft dengan perasaan hampa. Dia masukan tangannya ke dalam kocek, lalu dikeluarkan satu note USD 10. Sambil itu dia berfikir, apalah yang boleh dia lakukan dengan nilai duit USD 10. Dalam perjalanan, dia lalu di kawasan pasar sayuran. Dia tergerak untuk membeli sekotak tomato dengan duit yang dia ada.
Kemudian lelaki itu berhenti di suatu sudut dan mula menjual tomatonya. Nasibnya baik. Tomatonya habis dijual. Esoknya dia menggunakan modal yang ada untuk membeli dua kotak tomato. Hari bersilih ganti. Akhirnya lelaki itu menjadi saudagar ekspot import makanan dalam tempoh lima tahun.
Bila syarikatnya telah berkembang maju, dia ingin menggunakan polisi insuran bagi melindungi perniagaannya. Dia pergi ke sebuah syarikat Insuran. Setelah selesai perbincangan dengan pegawai Insuran, pegawai itu memintanya alamat email bagi memudahkan urusan. Lelaki itu mengatakan bahawa dia tidak memiliki sebarang email. Dengan rasa hairan pegawai Insuran berkata; ‘Anda memiliki syarikat perniagaan yang besar sedangkan anda tidak memiliki kemudahan email. Cuba anda bayangkan apa akan berlaku kalau anda tahu menggunakan email?’
Lelaki itu diam sebentar, kemudian dia menjawab; ‘Mungkin saya masih menjadi pengelap lantai di salah sebuah syarikat Microsoft.’
‘Jangan bersedih dengan apa yang anda tidak miliki. Mungkin anda lebih berasa sedih dengan memilikinya.’
Dalam hati ni, dah lama mengidam untuk beli satu jubah. Tapi bila teringat akan Ammu Muhammad yang tolong meng’escort’ kami ke Puncak Sinai terus membatalkan niat. Stokingnya telah koyak tapi dia masih lagi memakainya.
Melihatkan baju-baju yang tersangkut di penyangkut baju, mengundang rasa bersyukur. Baju itu masih elok, masih tidak berkoyak sana-sana, masih cantik jika dipakai. NikmatKu yang manakah kau dustakan?
*terimakasih ammu kerana menjadi wasilah untuk menyedarkan diri yang sering terlupa ini*
Apakah pekerjaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم ketika usianya 8 hingga 21 tahun?
»> Ya, Pengembala kambing yang mulia ツ.
Sebuah hadis menyebut: “Tidak ada Nabi, melainkan semuanya pernah mengembala kambing.” Oleh itu, mengembala kambing adalah kerja para nabi.
APA SAHAJA yang ada kaitan dengan diri Rasulullah صلى الله عليه وسلم ia akan menjadi mulia & bermakna kepada yang mencintainya.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
p/s: Rindu arwah Tok Ayah. Sangat risaukan kambing-kambingnya setiap kali kambing-kambingnya over-mengembek time malam-malam. Terbangun dan ambil torchlight untuk pegi tengok apa yang jadi. Moga arwah berbahagia di sana.
Nampak macam Double Standard tapi….
Inilah saranan Nabi supaya kita jangan menyerupai bangsa lain ;)
“Adik tengah buat kerja sekolah dengan Umi. Tapi bukan adik yang buat,Umi yang buat.”
Terubat rindu pada Muaz. ;)



